Assalammualaikum!

Nak buat Kek minyak ni bukan la susah sangat dan bahan-bahannya pun sangat simple. Tetapi nak buat kek ni menjadi cantik,gebu da sedap dimakan , kena tahu RAHSIA dan TIP-TIP yang perlu dijaga sepanjang menyiapkan Kek ni.

**Segala resepi dan gambar contoh adalah milik rakan RR.

RESEPI KEK MINYAK

BAHAN-BAHAN :

2 cwn tepung gandum
5 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak/jagung
1/2 cwn gula
1 sk baking powder
1 sk ovalett
1 sk esen vanilla
Pewarna kegemaran


CARA-CARA :

1. Blend telur, gula,esen vanila dan ovalet sehingga kembang dan gebu.
2. Masukkan susu pekat dan blend lagi.
3. Masukkan minyak masak dan blend seketika untuk sebatikan.
4. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sikit demi sikit dan kacau sehala sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk warnakan.
6. Letak dalam loyang berselang seli warna sehingga habis.
7. Pastikan air kukusan mendidih ketika letak loyang dan kukus selama 45-50 minit. Cucuk ditengah kek untuk pastikan dah masak. Jika garfu tidak melekat, kek sudah masak.

** Kalau nak bakar dalam oven pun boleh, suhu 170°c, api atas bawah selama 45 minit sehingga masak.

ATAU 

**Kalau nak bakar guna pemanggang ajaib pun boleh!





Tips:

1.Balut penutup kukusan dengan kain atau balutkan loyang dgn aluminium foil (jangan ketat sangat sebab nanti kek nak naik dan menggembang kena ada ruang) seperti dalam gambar untuk elakkan air termasuk dalam loyang adunan semasa kukus.




Contoh balut dengan aluminium (jangan ketat sangat untuk beri ruang kek mengembang, asalkan dapat halang air masuk dalam adunan kek)


Contoh balut penutup dengan kain, supaya wap air tak masuk dalam adunan kek.

2. Elakkan menggunkan warna-warna gelap supaya kek kelihatan menarik dan tidak kelihatan hangus.

3. Sebelum kukus kek, mesti didihkan dulu air kukusan, bila da mendidih , tutup api sekejap dalam 5 minit, baru masukkan loyang kek,api sederhana sahaja dn kukus selama 45-50 minit.

4.Jangan buka penutup kukusan jika belum cukup masa 45-50 minit untuk mengelakkan kek mendap di tengah.

Contoh kek yang mendap di tengah sebab penutup kukusan dibuka semasa proses kukus.

5. Api dan kepanasan air kukusan memainkan peranan penting. Jika api terlalu kuat dan air kukusan terlalu panas, menyebabkan haba dan wap tinggi dan kek akan merekah.

6. Tepung mesti di ayak dahulu bagi mengelakkan adunan berketul dan tidak terasa tepung yang tergumpal apabila dimakan.

7. Blend dulu telur, gula,ovalett dan esen vanilla, agak da hancur gula, baru masukkan susu pekat, blend sekali lagi, masukkan pula minyak, barulah adunan kembang dan sebati. Jika masukkan sekali gus, adunan akan menjadi berat dan tidak sekata, sebab tu kek tak jadi gebu.


Nak belajar buat corak pada kek minyak? sambung nanti KEK MINYAK PART 2.


Selamat Mencuba!







1 Comments

  1. gud info n job..bagus kepada sesiapa yang baru nak belajar buat kek macam saya..hhehe..

    ReplyDelete